e-SIM

e-SIM
Teknologi terbaharu ini membolehkan pengguna menggunakan talian nombor telefon tanpa kad SIM fizikal.

Selari dengan kepesatan teknologi yang semakin maju merentasi zaman, ONEXOX dengan bangganya telah melancarkan teknologi eSIM pada 27 Febuari 2019.

Teknologi e-SIM dengan pelan ONEXOX BLACK “BURNPROOF” yang fleksibel, anda akan memiliki cara berkomunikasi yang hebat!
Apakah itu XOX eSIM?
XOX eSIM adalah pelan terbaru daripada ONEXOX.

eSIM (embedded SIM) merupakan teknologi terbaharu di mana sesetengah model telefon terkini mempunyai cip ‘Subscriber Identity Module’ (SIM) elektronik yang telah siap dipasang di dalam telefon berkenaan.

Dengan fungsi tersebut membolehkan anda menggunakan talian nombor telefon tanpa memerlukan kad SIM fizikal.
eSIM – Prepaid
XOX eSIM juga boleh dilanggan dengan pelan ONEXOX PREPAID dengan lima (5) pakej ‘Welcome Deals’.
eSIM – Black
XOX eSIM boleh dilanggan dengan pilihan Empat (4) pelan ONEXOX BLACK iaitu B39, B59e, B39 PLUS50 dan B149.
Bagaimana untuk melanggan XOX eSIM?
Anda boleh melanggan XOX eSIM secara atas talian (online) sahaja.

Setelah selesai proses pendaftaran, satu kod pengesahan (kod QR) akan diberi kepada anda untuk proses pengaktifan talian.


Anda hanya perlu imbas kod QR tersebut untuk mengaktifkan eSIM pada peranti mudah alih anda.

Butiran kod QR dan butiran pengaktifan juga dihantar ke alamat email yang anda daftarkan.

Tonton video di bawah — Cara Daftar XOX eSIM.
Siapa yang boleh melanggan XOX eSIM?
  • Pelanggan BARU
  • Pelanggan yang mendaftar MNP (Kekal Nombor Lama)
  • Sesuai untuk peranti yang menyokong XOX eSIM seperti berikut:
Adakah peranti (telefon) anda menyokong XOX eSIM?
Semasa proses pendaftaran XOX eSIM, portal akan menunjukkan senarai peranti (model telefon) yang menyokong perkhidmatan eSIM ini.

Buat masa sekarang, XOX eSIM hanya menyokong peranti berikut:
  • iPhone XR
  • iPhone XS
  • iPhone XS Max
  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro
  • iPhone 11 Pro Max
  • iPad Pro (2018)
  • iPad Air 2019 (3rd Generation)
  • iPad 2019 (7th Generation)
  • iPad Mini 5 (5th Generation)
  • Google Pixel 3 XL
  • Google Pixel 3
  • Google Pixel 3a XL
  • Google Pixel 3a
  • Samsung Galaxy Fold
  • Google Pixel 4
  • Google Pixel 4XL
  • Samsung Galaxy S20
  • Samsung Galaxy S20+
  • Samsung Galaxy S20 Ultra
  • Samsung Galaxy Z Flip
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya pengaktifan profil eSIM saya gagal?
Anda boleh cuba lagi dengan mengimbas kod QR pada e-mel pengaktifan XOX eSIM yang diterima.

Jika Kod QR tidak berfungsi, anda boleh masukkan SMDP+ dan kod pengaktifan yang diberikan.

Jika isu ini berterusan, sila hubungi talian khidmat pelanggan kami.

12273  (Dari talian ONEXOX)
1300888010  (dari talian telco lain)